RESIPI PIZZA SEGERA ALA NADIA


Nak tau tak, ada la satu hari tu nadia pun tak tau la kenapa, perut ni cemuih cemuih kelaparan habaq hang. Pi turun dapoq, nadia bukak tutup peti ais, lepas tu bukak tutup kabinet dapoq, tapi perut ni tak jugak kenyang. Haha!! Tiba-tiba bunyi mentol bernyala kuning di kepala TING! Tu dia siap berbunyi. Apa yang muncul hanyalah imaginasi sekeping Pizza.

So tanpa melengahkan waktu yang akan membuat perutku makin kelaparan, nadia selongkar di dalam peti ais mencari-cari bahan untuk membuat pizza yang boleh di makan dengan kadar yang segera.

Akhirnya jumpa juga, 2 keping roti pita dan setin sardin serta beberapa ulas lada hijau dan merah serta bawang.


Dengan olahan idea yang sangat-sangat creative ni, ini lah hasilnnya. Cantik dan menyelerakan. Caranya senang sahaja, hanyalah campak-campak semua bahan-bahan tadi. Untuk lebih rasa pedas dan masam, tambahkan sos cili dan sos tomato. Untuk rasa lemak-lemak manis, hanya tambahkan sedikit gula dan secubit garam. Itu pun sudah memadai. Hee =P


Haish! Tengok je, dah meleleh2 aiq liuq ni. Haha tipu! Tak meleleh pon. Apabila dah dicampak bahan-bahan di atas, sekarang masanya untuk bagi kuasa kepada lada-lada hijau dan merah memiliki tempat di atas roti pita tersebut. Potongan bawang-bawang ni sebenarnya bukan tak berfungsi tapi apabila di bakar, ia akan menjadi rapuh sampai berbunyi KRAK KREK KRAK. Punya la rangup. Tak percaya? Cuba la..Hee =P



Ni pulak di dalam ketuhar. Yang warna kuning-kuning keemasan tu nadia just letak kan butter, menggantikan Cheese. Don't Worry hasilnya sangat-sangat berbaloi dengan tekak nadia. Haha!!

Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment