AYAM CILI API


Yeay! Cuti dah bermula, tapi hanya seminggu, sangat tak cukup. Cuti pun sebenarnya tak gaya macam cuti sebab lepas pada cuti ni nadia ada final exam. Tak ape la, cerita pasal Final Exam kita letak tepi, yang nak cerita kat entry hari ni, sampai-sampai rumah tadi, nadia terus terjah mama dan abah. "Mama, hari ni ngah nak masak" hahaha..automatik keluar dari mulut. Mesti dalam hati mama "Bagus anak aku ni, dah jumpa hidayah untuk masak-masak, kalau tak, nak tengok pegang kuali pun jarang-jarang" haha...tetttttt!

Nampak tak gambar yang kat atas ni yang sedap ni...ni namanya Ayam Masak Cili Api, one of my favorite pedas-pedas 100% by my hand ye (Jangan ingat nadia tak pandai masak tau...HEE). YUMMM! Tapi tak boleh makan lagi, tunggu azan dulu okay!

7:27 PM WAKTU BERBUKA TELAH MASUK!!!!!

Berdebar-debar tunggu respon dari mama abah dan adik, "Apa kata mereka? masin ke manis ke? " Macam-macam lagi sebenarnya yang bermain di dalam kepala ni. TAPIIIIII nasib baik mama abah dan dayah cakap "NGAH! BEST!! da pandai da masak! haha"
Untuk mama abah dayah, Next time ngah masak lagi, tak boleh la hari-hari, nanti dah tak special..hahaha =P

IKAN PATIN BAKAR TEMPOYAK HABAQ HANG


Kalau sebelum ni nadia dah cerita macam-macam makanan, tapi tetap tak boleh lawan dengan makanan ni. Ikan Patin Bakar Tempoyak! Ya Allah swt sangat-sangat sedap sampai menjilat jari nadia ni. Sebenarnya nadia ni memang tak makan ikan langsung tapi di sebabkan satu hari tu, mama nadia membakar ikan Patin ni, dan aroma dari bakar tersebut telah menggoda-goda nadia untuk makan.Makan jugak akhirnya dan..... Alahaiiiiii rasa rugi sangat-sangat pada siapa yang tak pernah rasa.


Resipi? Hee..Kalau nak resipi kena SMS nadia, sebab hanya mama yang selalu buatkan. Rasa Ikan Patin Bakar Tempoyak, ada rasa manis-manis, masam-masam dan pedas. Memang membuka selera. Kalau dengan lauk ni, Nadia boleh tambah 3 pinggan habaq hang. Punya la sedap. Haha! Tak percaya? Maiii la datang umah nadia bagi rasa yang special punya. 3 pinggan dengan adanya Premium Beautiful corset memang dah tak perlu risau. Pembakar lemak yang terbaik!



Patutlah my sister Cik Cida dari start berkahwin sampai sekarang, ini lah permintaannya. Mama buatkan Ikan Patin Tempoyak. Oooo baru nadia tau nikmatnya. Huhu. Sangat nikmat. Siapa yang tak meleleh atau kecuq air liur tengok ikan patin bakar atau dengar tentang ikan patin tempoyak, nadia nasihatkan korang kena cepat-cepat pi cari. Yang penting jangan salah cari ye, nanti rasa ikan patin rumput pulak. =)

Selamat mencari =P

Nadia Razali
013-9691335

RESIPI PIZZA SEGERA ALA NADIA


Nak tau tak, ada la satu hari tu nadia pun tak tau la kenapa, perut ni cemuih cemuih kelaparan habaq hang. Pi turun dapoq, nadia bukak tutup peti ais, lepas tu bukak tutup kabinet dapoq, tapi perut ni tak jugak kenyang. Haha!! Tiba-tiba bunyi mentol bernyala kuning di kepala TING! Tu dia siap berbunyi. Apa yang muncul hanyalah imaginasi sekeping Pizza.

So tanpa melengahkan waktu yang akan membuat perutku makin kelaparan, nadia selongkar di dalam peti ais mencari-cari bahan untuk membuat pizza yang boleh di makan dengan kadar yang segera.

Akhirnya jumpa juga, 2 keping roti pita dan setin sardin serta beberapa ulas lada hijau dan merah serta bawang.


Dengan olahan idea yang sangat-sangat creative ni, ini lah hasilnnya. Cantik dan menyelerakan. Caranya senang sahaja, hanyalah campak-campak semua bahan-bahan tadi. Untuk lebih rasa pedas dan masam, tambahkan sos cili dan sos tomato. Untuk rasa lemak-lemak manis, hanya tambahkan sedikit gula dan secubit garam. Itu pun sudah memadai. Hee =P


Haish! Tengok je, dah meleleh2 aiq liuq ni. Haha tipu! Tak meleleh pon. Apabila dah dicampak bahan-bahan di atas, sekarang masanya untuk bagi kuasa kepada lada-lada hijau dan merah memiliki tempat di atas roti pita tersebut. Potongan bawang-bawang ni sebenarnya bukan tak berfungsi tapi apabila di bakar, ia akan menjadi rapuh sampai berbunyi KRAK KREK KRAK. Punya la rangup. Tak percaya? Cuba la..Hee =P



Ni pulak di dalam ketuhar. Yang warna kuning-kuning keemasan tu nadia just letak kan butter, menggantikan Cheese. Don't Worry hasilnya sangat-sangat berbaloi dengan tekak nadia. Haha!!

Selamat Mencuba!

THE BEST BABY CRAB AND SQUID I FOUND!!!


Tu diaaaa baby baby ketam yang comel da pon menjadi santapanku..hahaha...Hari ni nadia nak bercoloteh tentang makanan di Prawn House Kota Damansara. Ni antara specialty dekat restoran yang nadia makan iaitu BABY CRAB dan juga sedikit campuran BABY SQUID. Rasanya pula, manis-manis ketam dan sotong. Sangatlah senang hendak di makan almaklumlah size yang kecil tetapi kecil-kecil pun sangat rangup. Memang terbaik! Lauk ni nadia makan bersama Black Paper Chicken Rice and Ice Lemon Tea dan buah Sunkist. Sangat menyegarkan.

Sangat-sangat menyegarkan. Rasa fresh tea. =)



Perut pun dah kenyang so apa lagi Jom meneruskan Misi Berbusiness Sharing tentang peluang perniagaan untuk wanita-wanita yang mempunyai kerjaya atau pun masih mencari peluang untuk membina kerjaya. Siapa kata susah, Premium Beautiful corset ni one of the product yang sangat-sangat laris. Selagi ada perempuan, selagi tu Premium Beautiful corset terus bercabang. Berminat tapi masih-masih kabur? We're have a secret plan how to be more success. U're not alone but u're in a team. GLAM team =)

NADIA RAZALI
0139691335

Shanghai Free Trip still ON!!! Fully sponsored by company =)

FROM TAPPERS TO DIP&DIP


Part paling best!!! Makan!!! Haha!! Okay bila kita da ceburi bidang business, makan-makan ni memang tidak boleh nak di elakkan. Biasanya customer akan mintak untuk berjumpa semasa lunch hour. Semuanya atas permintaan customer and keluangan masa yang kita ada. Sangat seronok sebab kita sendiri yang uruskan masa untuk diri sendiri, family dan business.


First meet up dekat Tappers Cafe restaurant at Cyberjaya. Nama pun dah tengah hari, so nadia just order simple menu macam dalam picture di atas dan segelas Ice Lemon Tea. So fresh! Tempat makan pun sangat-sangat selesa dan tenang.


Dah panjang lebar explain dekat customer tentang business plan untuk Premium Beautiful, strategy, now kena la bagi reward untuk diri sendiri pulak. Reward makan-makan di dip&dip Restaurant plak dekat Jalan Telawi, Bangsar. Untuk korang yang nak cuba, nadia suggestkan korang ambik chocolate waffle ni, sebab sangat-sangat sedap, chocolate dia pun betul-betul terasa sampai ke tekak. Nadia pon pillih menu ni selepas di suggest oleh my sister. Memang berbaloi-baloi!!


Actually untuk information semua, sangat-sangat best buat business Premium Beautiful tau. Satunya sebab business sendiri, so effort sendiri la nak menjana berapa banyak income. Lagipun bila atas kerelaan diri sendiri, semua benda akan jadi seronok. Next yang buat nadia rasa jatuh hati dengan business PB sebab ia berkaitan dengan perempuan, perempuan mana yang tak nak cantik-cantik kan. Bila berbusiness ni, hati kena kuat, kena cekal, kena tabah, yang penting kita tetapkan matlamat, make sure matlamat yang kita letak tu kita nampak, InsyaAllah kita dapat apa yang kita inginkan.

THE BEST PAVLOVA & SO YUMM!


Pavlova Cake in The House!!! Bukan my house la tapi Alexis Restaurant at Bangsar one of very exclusive Restaurant. Entry kali ni just a simple entry dimana nadia nak cerita pada korang yang mempunyai minat sama macam nadia iaitu pada Pavlova cake. From Alexis, nadia boleh katakan cream dye not bad decoration sangat-sangat menyelerakan tapi rasa telur pada cake tu sangat ketara and agak muak. 

Pavlova from Alexis Restaurant
with Milky Strawberry Shake =)

Next! Jom kita pi jalan-jalan mencari Pavlova lagi. Yeay!!! Next destinatination yang nadia paling-paling suka pergi at Empire Mall.

Macam biasa
jommm snap pic in the car!!! Hee 

Kali ni dekat Serai Empire Mall. Kat serai ni pun ada sediakan Pavlova cake. Rasa macam nak order semua sebab nampak sangat-sangat menyelerakan dessert especially cake yang ada kat sini tau.


Ni la Pavlova Cake from Serai. Okay untuk kat Serai ni pulak, nadia rasakan this is Pavlova yang best! Sangat-sangat tak muak, tak ada rasa telur, manis-manis and masam-masam buah, rangup-rangup. Memang berbaloi-baloi. Untuk makan tiga orang, almaklumla nadia pergi dengan mama and my sista, total up around rm100.00. Sangat berbaloi sebab so delicious! For those yang tak pernah try lagi kat Serai, jommm! jangan buang masa lagi, cepat-cepat pergi siap and rasakan sendiri okay =)

Pavlova at Serai Resturant =)
Okay perut da kenyang, dah dapat makan Pavlova best, now ke Jaya Grocery sebelah dengan Serai Restaurant, mencari-cari barang dapur, nak masak untuk breakfast. 

Mama and K.syida =)
 Habis dah entry Pavlova Cake. 
Goodbye and enjoy your life with a sweet smile like me =)